Berita
SAMBUTAN HARI BERSAMA JABATAN DIETETIK & SAJIAN
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐄𝐓𝐄𝐓𝐈𝐊 & 𝐒𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍
"𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞 𝟐𝟎𝟐𝟒: 𝐏𝐑𝐎𝐔𝐃 𝐓𝐎 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄"
"𝐍𝐮𝐭𝐫𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐭𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟒: 𝐁𝐄𝐘𝐎𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄"
15 MEI 2024- Sambutan penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospital Selayang dan diiringi oleh Dr. Mohd Fadzli Ariffin, Timbalan Pengarah (Perubatan) IV, En. Syamhairil Mohamed, Ketua Jabatan Dietetik & Sajian serta Puan Nordiyana Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah.
Ia merupakan program tahunan di bawah Jabatan Dietetik & Sajian dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang.
Antara intipati sambutan adalah pameran kesihatan pemakanan, senaman aerobik, saringan kesihatan dan "Explore race" yang turut disertai oleh wakil dari Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Orang Asli Gombak dan Hospital Tanjung Karang
Syabas dan tahniah kepada semua ahli yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini serta ucapan ribuan terima kasih atas peserta yang bersama-sama meriahkan sambutan kali ini.




