Berita
Majlis Penyampaian Sumbangan dan Ifhar Jamaie Perdana
Majlis Penyampaian Sumbangan dan Ifhar Jamaie Perdana
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Telah berlangsungnya semalam acara Kemuncak bagi Program Ihya’ Ramadhan peringkat Hospital Selayang untuk tahun 2024 iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Ifhar Jamaie Perdana.
Majlis Penyampaian Sumbangan tahun ini telah mensasarkan anak-anak yatim daripada kalangan kakitangan, ibu tunggal dan staf kelainan upaya (fizikal) serta juga saudara baru. Tahun ini juga kita telah menjemput dan meraikan anak-anak yatim daripada PUSAT JAGAAN CAHAYA KASIH BESTARI, KG MELAYU SUBANG seramai 40 orang bersama 7 guru pengiring. Kita juga telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 108 orang lagi anak yatim daripada pusat tersebut yang tidak dapat kita jemput untuk bersama berbuka kerana kekangan tempat. Sumbangan telah diserahkan kepada wakil daripada Pusat tersebut Ustazah Raihanah.
Untuk makluman semua,
Alhamdulillah Tabung Ihya’ Ramadhan pada tahun ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak lebih RM35000, hasil daripada sumbangan para kakitangan, persatuan-persatuan di Hospital Selayang dan juga sedikit sebanyak sumbangan daripada pihak luar.
Dan semua sumbangan itu telah digunakan sebaiknya tanpa berbaki walau 1 sen pun sebagaimana tujuan para penyumbang, iaitu untuk mengimarahkan Ihya’ Ramadhan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Jumlah keseluruhan anak-anak yatim dan penerima sumbangan yang telah disantuni adalah hampir 200 orang. Alhamdulillah.
Majlis juga telah dihadiri oleh semua Pengerusi-pengerusi persatuan yang merupakan penganjur bersama.
•Dr Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang merangkap Pengerusi Puspanita cawangan kecil HSEL
•Kelab Sukan dan Rekreasi HSEL : Dr Mohd Rizal bin Roslan
•PASCA HSEL : Dato’ Dr Tunku Muzafar Shah bin Tunku Jaafar Laksamana
•Jawatankusa Hospital Mesra Ibadah HSEL : Dr Mohd Nor Azri bin Abd Wahab
•Dan PKWI sendiri : Dr Mohd Hamdi bin Razali
Disamping turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan/Unit dan wakil-wakilnya..
Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PKWI, disusuli dengan Ucapan Kemuncak daripada Pengarah, Dr Afidah binti Ali seterusnya diteruskan dengan penyampaian sumbangan serta berakhirnya acara yang berlangsung di Auditorium HSEL itu dengan upacara bergambar dan tayangan montaj yang telah disediakan oleh Saudara Bro Edha bin Zulkapli. Program kemudian beralih dengan semua tetamu bergerak ke LAGENDA KAFE bagi meneruskan majlis berbuka puasa perdana bersama-sama.
Disamping makanan utama yang disediakan, turut dihidangkan juga juadah sampingan seperti Kambing Bakar, Apam Balik, Ais Krim, Laksa, Cendol dan banyak lagi. Kos bagi makanan adalah hasil daripada sumbangan persatuan-persatuan dan turut ada disumbangkan oleh individu-indvidu.
PKWI mewakili semua penganjur bersama, mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang dan juga semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program Ihya’ Ramadhan peringkat HSEL bagi tahun 2024 samaada yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung. Bermula daripada Pihak Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang sehinggalah semuanya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Jutaan kemaafan juga dipinta di atas segala kekurangan.
Semoga Allah meneima semua amalan kita. Allahumma amin.
Selayang Hospital
~ Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ~