Language

SINGGAH SAHUR

SINGGAH SAHUR

Alhamdulillah.
Dengan izinNya telah berlangsung 1 lagi program seterusnya di bawah Ihya’ Ramadhan iaitu ‘SINGGAH SAHUR’. Bermula daripada 11malam sehingga selesai semua edaran sebelum subuh.

Sebanyak lebih kurang 350 bungkus makanan untuk bersahur telah diedarkan kepada kakitangan di wad-wad dan jabatan. Makanan telah dimasak/disediakan di kawasan lobi bersalin sebelum di bungkus secara bergotong royong oleh ahli-ahli yang turun bersama-sama.

Program ini merupakan salah satu daripada gerak kerja Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan bersama oleh

Persatuan Kebajikan Warga Islam Hospital Selayang, PUSPANITA cawangan HSEL, Kelab Sukan & Rekreasi , PASCA dan Jawatankuasa HMI.

Program semalam juga telah turut dihadiri oleh Dr Mohd Fadzli bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan IV Hospital Selayang.

Mewakili semua PKWI mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli yang terlibat. Termasuk kepada para penyumbang kepada Tabung Ihya’ Ramadhan. Semoga setiap amalan diganjari Allah swt sebaiknya. Selamat berbuka puasa.

Program-program sempena Ihya’ Ramadhan yang lain masih diteruskan inshaAllah. Tadarus berkumpulan, Tarawih Harian di Surau Utama, Kuliah agama mingguan, pada minggu hadapan program kemuncak program pada 4/4/24 nanti iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Wacana Minda, Majlis Ifthar Perdana dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan inshaAllah.

~ Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ~

sahur1

sahur2

sahur3

sahur4

sahur5

sahur6