Language

Hari Terbuka Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang

Hari Terbuka Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang

Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Selayang telah mengadakan Hari Terbuka SDH Selayang pada 11 Mac 2024 di Tingkat 8, Wad 8A dari 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Objektif utama program ini adalah bagi membina hubungan dan jalinan di antara pihak warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aktiviti berlandaskan pembelajaran yang menarik dan ilmiah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Elektif.

Program Transisi SDH merupakan satu aktiviti permulaan iaitu suai kenal SDH SELAYANG khusus untuk murid-murid yang sedang dirawat di wad hospital ini. Program ini juga diadakan untuk memperkenalkan kewujudan sekolah dalam hospital kepada pesakit bagi memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.

SDH2

SDH4

SDH3

SDH8

SDH9

SDH7