Language

LATIHAN KEBAKARAN UNIT RAWATAN RAPI (ICU) HOSPITAL SELAYANG 2024

LATIHAN KEBAKARAN UNIT RAWATAN RAPI (ICU) HOSPITAL SELAYANG 2024

22 Feb 2024 - Satu Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah diadakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang.

Latihan ini diadakan bagi memastikan setiap warga kerja Hospital Selayang sentiasa bersedia dalam sebarang kejadian kebakaran di dalam ICU, mengikut SOP yang telah ditetapkan serta tindakan yang perlu diambil dalam memastikan keselamatan warga kerja hospital dan pesakit.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Fazida Tina Mohammad Noor, Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba Bandar Baru Selayang serta pasukan diatas kerjasama dalam menjayakan latihan kebakaran ini.

Semoga kerjasama pihak Balai Bomba Bandar Baru Selayang dan Hospital Selayang dapat diteruskan di masa akan datang.

03

05

06

07

08

09

04