Berita
Lawatan Mengejut YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK) ke Hospital Selayang
Lawatan Mengejut YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK) ke Hospital Selayang
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK) telah mengadakan lawatan mengejut ke Hospital Selayang pada 22 Januari 2024 jam 9.30am. Kedatangan YBMK disambut oleh Pengarah Hospital Selayang, YBrs. Dr Afidah binti Ali.
Sepanjang lawatan tersebut, YBMK yang diiringi oleh Pengarah Hospital bersama ketua jabatan serta wakil jabatan klinikal dan pengurusan turut membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan dan kemudahan fasiliti yang perlu diberi perhatian di jabatan-jabatan yang dilawati.
Isu berkaitan dan masa menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan & Trauma turut diberi perhatian oleh YBMK dan dibincangkan supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya demi kemudahan dan kesejahteraan pesakit.
Hospital Selayang menerima sejumlah pesakit dalam radius sekitar kawasan Selayang dan pelbagai kes-kes rujukan bertaraf pakar major bagi menerima rawatan perkhidmatan kesihatan yang disediakan mencatatkan bilangan kedatangan pesakit yang tinggi saban tahun.





