Language

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2023 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2023 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

Sambutan Hari AIDS Sedunia diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit AIDS yang disebabkan jangkitan HIV di samping menunjukkan solidariti bagi pejuang-pejuang yang hidup bersama HIV. Selain itu, ianya juga bagi menangkis stigma negatif dan mengubah persepsi kurang tepat masyarakat terhadap pesakit AIDS.

Hari AIDS Sedunia tahun ini disambut dengan tema yang telah ditetapkan oleh Joint United Nation Programme on HIV and AIDS (UNAIDS) iaitu “Let Communities Lead” dan Malaysia telah memilih slogan “Komuniti Peneraju Bersama”. Sambutan ini juga turut diserikan dengan perasmian oleh Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang dan kata-kata aluan oleh Dr Anuradha P. Radhakrishnan. Tahniah & syabas diucapkan kepada AJK yang bertungkus lumus menjayakan sambutan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga kerja Hospital Selayang yang bersama memeriahkan sambutan ini.

 

aids01

aids11

aids12

aids15

aids18

aids14