Language

Majlis Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan 2023 Peringkat Negeri Selangor

Majlis Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan 2023 Peringkat Negeri Selangor 

 

𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙎𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣 2023 𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙤𝙧 telah diadakan di Hospital Selayang pada 18 November 2023 di Auditorium Hospital Selayang.

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Faizal bin Mat Arifin selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Majlis turut dihadiri YBrs. En. P. Wilson A/L V. Perianayagam, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. En. Saad bin Saring, Wakil Kesatuan KKPPKSM Negeri Selangor dan En. Mohd Khairi bin Mohd Din, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Negeri Selangor berserta YBrs. Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I mewakili pihak pengurusan Hospital Selayang.

Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan 2023 ini merupakan acara tahunan yang disambut pada 1 November setiap tahun bagi meraikan semua Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di seluruh negara.

Majlis ini dilakukan untuk meraikan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan di atas bukti mulia yang telah dicurahkan oleh Pembantu Perawatan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

PPK1

PPK2

PPK3

PPK4