Language

World Mental Health Day 2023 Peringkat Hospital Selayang

World Mental Health Day 2023 Peringkat Hospital Selayang

 

Sambutan World Mental Health Day 2023 peringkat Hospital Selayang dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri pada 10 0ktober 2023 di Auditorium, Lobi Utama dan Lobi Bersalin Hospital Selayang.
Bertemakan "Mental Health is A Universal Human Right", pelbagai intipati menarik telah dijalankan bagi warga kerja Hospital Selayang. Antaranya adalah Mental Health Exhibition & Screening, booth - booth dari pihak MENTARI Selayang, Unit Terapi Pekerjaan, Jabatan Farmasi dan Unit Psikospiritual termasuk aktiviti mewarna dan permainan melibatkan kesihatan mental.
Program "Dealing with Crisis As An Effective Leader" juga dijalankan sebagai perkongsian dalam penjagaan diri terutamanya dari kesihatan mental dalam menjadi pemimpin yang berwibawa. Perkongsian ini terdiri daripada Dato' Dr Alzamani Mohammad Idrose, Konsultan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur termasuk dari pakar-pakar psikiatri dan kaunselor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tunku Ja'afar, Seremban dan Hospital Melaka.

mental1

mental2

mental3