Berita
1st Replantation and Revascularization Care Workshop 2023
1st Replantation and Revascularization Care Workshop 2023
2 Oktober 2023 - Unit Tangan dan Mikrosurgeri, Hospital Selayang yang merupakan “Hand Centre” bagi perkhidmatan pembedahan tangan di Malaysia buat pertama kalinya telah menganjurkan Kursus “1st Replantation and Revascularization Care Workshop 2023” yang telah berlangsung di Conference Room, Wad 4D HMS Hospital Selayang .
Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Selayang, Professor Dato’ Dr. Rashdeen Fazwi bin Dato’ Muhammad Nawawi bersama dengan Ketua Unit Tangan dan Mikrosurgeri, Mr. Syahril Rizal bin Arsad .
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih spesifik dalam penjagaan pesakit yang melalui pembedahan penyambungan (replantation) bagi kecederaan tangan dan anggota atas .
Peserta adalah terdiri daripada paramedik wakil dari Hospital Selayang ,Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur .
Tahniah diucapkan kepada Unit Tangan dan Mikrosurgeri Hospital Selayang di atas kejayaan menganjurkan kursus tersebut .





