Language

Pendermaan Organ Kadaverik

Pendermaan Organ Kadaverik

Satu kes pendermaan organ kadaverik telah berjaya dilaksanakan di Hospital Selayang, Selangor pada 03 Ogos 2023.

Ia melibatkan seorang penderma organ yang telah disahkan kematian otak kerana kemalangan jalanraya. Keluarga mendiang telah bersetuju memberikan kebenaran untuk pendermaan organ iaitu buah pinggang dan hati.
Perolehan organ berkenaan telah dilaksanakan oleh pasukan transplantasi dari Jabatan Hepatobiliari, Hospital Selayang dan Jabatan Urologi, Hospital Kuala Lumpur.

Hospital Selayang merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberi kebenaran untuk menjalankan pendermaan organ berkenaan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) Hospital Selayang dan Pasukan Koordinator Atas Panggilan NTRC kerana menguruskan kes pendermaan berkenaan dengan lancar.

Sumber : Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC)

01 derma