Language

Lawatan Kerja ke Non-Lead Hospital (Hospital Kuala Kubu Bharu) Bagi Pengukuhan Pelaksanaan Hospital Kluster

Unit Kluster Hospital Selayang telah melakukan lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu pada 1 Ogos 2023.
Lawatan ini disantuni oleh Dr. Mohd Basil bin Sulaiman, Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu dan dikunjungi oleh Dr Siti Zufina binti Abd Samah, Timbalan Pengarah (Perubatan) II; Dr Nurul Amiera binti Asli, Timbalan Pengarah (Perubatan) III; Dr Siti Fadhilah binti Agos, Ketua Unit Kluster dan beberapa wakil jabatan dari Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengukuhkan pelaksanaan Hospital Kluster selain membincangkan isu-isu berkaitan penambahbaikan perkhidmatan.
Sesi lawatan kerja dan perbincangan telah berlangsung selama 3 jam dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang berharap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi demi kecemerlangan perkhidmatan Hospital Kluster kepada komuniti setempat dan pihak-pihak yang memerlukan.

01 kluster

02 kluster

03 kluster

04 kluster