Language

Lawatan Kerja ke Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang

Pihak Hospital Selayang berbesar hati menerima YBrs. Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah hadir ke Hospital Selayang untuk satu lawatan kerja ke Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang (PPKM-HS) pada 29 Mei 2023.

Hadir bersama beliau adalah delegasi dari Unit Perkhidmatan Pembedahan, Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) yang terdiri daripada Dr. Adilah bt Abu Bakar, Dr. Nurul Nadia bt Kamarul Nizam dan Dr. Ume Umairah bt Zakaria. Turut dijemput adalah Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kebangsaan, YBhg. Dato' Dr. Fitjerald Henry dan Timbalan Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan, Dr. Mohd Aziz bin Husni, En. Mohamad Azhar bin Mohd Noor Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Dr. Faizal bin Mat Arifin TPKN Selangor dan wakil - wakil JKNS.

Lawatan ini telah disantuni oleh YBrs. Dr. Afidah bt Ali Pengarah Hospital Selayang, Dr. Mohd Syafiq Ismail bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III, Ketua Jabatan Oftalmologi, Dr. Zabri Kamaruddin bersama Dr. Aziz Salowi dan Dr. Mokhlisoh Pakar Oftalmologi, wakil Ketua Jabatan Pembedahan Am iaitu Dr. Juliana bt Abdul Latiff bersama Dr Woo Qi Jie Pakar Pembedahan Plastik Hospital Selayang serta En. Ts. Irfan Abd Halim, Ketua Unit Kejuruteraan, Hospital Selayang.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membolehkan pihak BPP melihat fasiliti dan pengurusan pesakit di PPKM-HS. Delegasi lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan yang disediakan di PPKM-HS serta pelan pembangunan dan halatujunya.

Selain itu, satu perbincangan telah diadakan berkaitan menaik taraf premis sedia ada PPKM-HS untuk menjadi sebuah "Surgical Ambulatory Care Centre" sebagai menggantikan PPKM-HS kini apabila ia berpindah ke sebuah tapak baru.

Perbincangan tertumpu aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan menaik taraf fasiliti tersebut, antaranya dari segi pematuhan undang-undang serta peraturan sedia ada, keperluan peruntukan kewangan, keselamatan warga kerja serta keselesaan kepada pesakit yang hadir untuk menerima rawatan kelak.

Lawatan kerja delegasi diakhiri dengan mengadakan lawatan tapak ke PPKM-HS di Jalan Ipoh dan premis yang dicadang untuk dijadikan Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP yang baru.

Pengurusan Hospital Selayang menghargai keprihatinan dan kesungguhan pihak kementerian dalam membantu menambah baik perkhidmatan di Hospital Selayang.

katarak02

katarak03

katarak05

katarak06