Language

Program Singgah Sahur

15 April - Telah berlangsungnya Program Singgah Sahur bersama Lembaga Zakat Selangor daripada tengah malam sehingga pagi tadi. Program bermula pada pukul 12tgh malam dengan kehadiran kakitangan Lembaga Zakat Selangor dan ahli Persatuan Kebajikan Warga Islam (PKWI), Hospital Selayang berhimpun di lobi bersalin. Program seterusnya diteruskan dengan memasak bergotong royong beramai-ramai bersama setelah sedikit majlis ucapan aluan dan penyerahan cenderamata tanda penghargaan daripada kedua belah pihak. Lebih kurang pada pukul 3pagi bermula upacara pengagihan Juadah Sahur yang telah siap kepada kakitangan di wad-wad dan juga orang awam di Jabatan Kecemasan. Akhirnya lebih kurang jam 5pagi pengagihan berjaya diselesaikan dan program diakhiri dengan sama-sama bersahur. Alhamdulillah.
Selaku tuan rumah, diwakili oleh Dr Tengku Intan Norleen Tengku Sharif, Timb Pengarah (Perubatan) 1 Hospital Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Lembaga Zakat Selangor yang diketuai oleh Puan Rapizah Muhammad Sharif, Ketua Pegawai Kewangan Lembaga Zakat Selangor atas kesudian menganjurkan bersama program singgah sahur kali ini dan diharap kerjasama erat seperti ini dapat diteruskan inshaAllah.
Turut hadir sama daripada Lembaga Zakat Selangor :
1. Ust Md Yusmizan bin Yusuf
- Timb. Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf
2. En. Zainudin bin Johari
- Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah
3. Ust Aqmal bin Jais
- Ketua Operasi Agihan Daerah Gombak
PKWI juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang telah turun untuk menjayakan program kali ini.
Jazakumullah khairal jaza’.
~ Ramadan Yang Sama, Natijah Berbeza ~

singgah sahur1

singgah sahur3

singgah sahur4

singgah sahur6

singgah sahur7