Language

Seminar Fiqh Puasa, Zakat dan Kesihatan juga Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan peringkat Hospital Selayang bagi tahun 2023/1444H

16 Mac 2023 - Telah berlangsungnya Seminar Fiqh Puasa, Zakat dan Kesihatan juga Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan peringkat Hospital Selayang bagi tahun 2023/1444H. Program yang berlangsung daripada pagi hingga ke petang tadi telah disertai oleh lebih kurang 200 orang peserta terdiri daripada kalangan kakitangan Hospital Selayang juga jemputan peserta daripada luar seperti Hospital Kluster ( Hospital Orang Asli Gombak, Hospital Kuala Kubu Bharu ) juga jemputan daripada jemaah masjid dan surau berdekatan Hospital Selayang.

Program telah bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi PKWI seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Pengarah, Dr Afidah binti Ali. Kehadiran para penaja juga telah memeriahkan lagi majlis yang diadakan. Di antara pengisian yang telah diadakan di dalam seminar 1 hari ini adalah :
1) Puasa dan Diet
- Disampaikan oleh Puan Adlin Natasya , Pegawai Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Selayang
2) Fiqh Puasa dan Tanyalah Ustaz
- Disampaikan oleh Dr Syed Shahridzan, Ketua Penolong Mufti ( Penyelidikan ) Wilayah Persekutuan
3) Fiqh Zakat dan Fidyah
- Disampaikan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Ketua Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor
4) Forum Puasa 1st Class
- Moderator : Kj Zaim
- Panel 1 : Dr Afizah Salleh ( Pakar Bedah Hospital An-Nur )
- Panel 2: Dr Syed Shahridzan

seminar fiqh 1

seminar fiqh 2

seminar fiqh 3

seminar fiqh 4