Berita
Mesyuarat Pengurusan Forensik dan Mortuari Hospital Selayang Bersama Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan Ketua-Ketua Balai Polis Daerah Gombak dan Sentul 2022
08 Dis 2022 : Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospial Selayang dan dihadiri secara atas talian oleh Dr. Mohamad Azaini Ibrahim, Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara.Turut hadir bersama, Dr. Aida Binti Amir, Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Dr. Mohd Syafiq Ismail Bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III, Dr. Zairee Bin Omar, Ketua Unit Perubatan Forensik, dan barisan warga kerja Unit Forensik, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Psikiatri, Jabatan Pediatrik, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Patologi, Jabatan Pembedahan, Jabatan Orthopedik, Jabatan Tangan dan Mikrosurgeri, Unit Keselamatan dan Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang.
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memperkasakan komunikasi antara jabatan dan unit di Hospital Selayang dengan pihak polis, memperkukuhkan kerjasama yang terjalin dan perbincangan isu berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Ketua-ketua Polis IPD Gombak dan IPD Sentul serta ketua balai polis di bawah seliaan kawasan tersebut.
Mereka yang hadir adalah :
Insp. Mohd Norazlan B. Nordin,
Pegawai Penyiasat Trafik IPD Gombak,
Insp. Abdullah Hafiz b. Ibrahim,
Pegawai Pejabat Trafik IPD Hulu Selangor,
Insp Mohd Hafiz Wahab,
Ketua Polis Balai Selayang,
Insp Heirme bin Che Mad,
Ketua Polis Balai Gombak,
SI Nor Azmi Amin bin Abd Rahman,
Timb Ketua Polis Balai Jinjang,
SI Salimi b Mohd Sairy,
OCS Balai Desa Jaya,
SM Mohd Hasril bin Abu Hassan,
SM Operasi, Balai Polis Jinjang,
SM Muhamad Nasir bin Othman,
Timb Ketua Polis Balai Rawang,
1Sjn Zulkafli b Abd Manaf,
Ketua polis Balai Bt Arang,
dan
Sjn Kamilan, Balai Polis Jinjang.
Perbincangan yang diadakan memfokus kepada isu-isu dan perkara-perkara berkaitan pengurusan forensik dan mortuari di Hospital Selayang serta tindakan yang boleh dan perlu ditambahbaik bagi memastikan warga kerja berkaitan dapat memudahkan serta melancarkan perkhidmatan kesihatan kepada pelangan Hospital Selayang serta stakeholders yang terlibat. Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang amat menghargai keprihatinan dan kesungguhan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menjalinkan kerjasama dengan Hospital Selayang. Diharap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi demi kecemerlangan perkhidmatan hospital kepada komuniti setempat dan pihak- pihak yang memerlukan. Terima kasih diucapkan.

