Language

Simulasi Penculikan Bayi Bagi Tujuan Latihan Bencana Dalaman Peringkat Hospital Selayang

Satu simulasi Bencana Dalaman peringkat Hospital Selayang (penculikan bayi) telah dilaksanakan pada 8 Disember 2022 bermula pada pukul 12.40pm.
Simulasi ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan menambahbaik prosedur-prosedur berkaitan terutamanya aspek keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya kejadian sebenar berlaku.
Semasa simulasi, pengaktifan kod kecemasan bagi penculikan bayi telah dibuat supaya pihak berkaitan melaksanakan tindakan yang sewajarnya diambil.
Simulasi selesai pada pukul 1.20pm dan pihak Hospital Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas tindakan segera yang telah diambil.
Pihak Hospital Selayang juga mengucapkan terima kepada Puan Rosniza binti Ibrahim yang sudi membantu dalam menjayakan simulasi penculikan bayi ini.

culik1