SELAMAT DATANG

Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih.
Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital Selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.
Hospital Selayang telah direkabentuk,dibina dan dilengkapi dengan persekitaran Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul. Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.
Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal. Menjadi hospital rujukan ia menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes yang dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar yang masuk begitu sahaja kecuali jika kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan. Hospital ini juga memfokuskan pada Khidmat Rawatan Ambulatori. Oleh itu Hospital Selayang telah mendedikasikan disiplin-pelbagai Pusat Rawatan Ambulatori yang mencakupi pembedahan rawatan harian,rawatan perubatan harian,perkhidmatan endoskopi dan lithotripter.
Majlis Serahan Field Hybrid ICU (FHyICU)
FHyICU ini telah di serahkan kepada Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang oleh En. Yahya bin Saad, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia.
FHyICU ini diharap dapat meningkatkan kapasiti infrastruktur institusi kesihatan di Hospital Selayang dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada semua.

Salam sejahtera,
Khas kepada perokok dewasa di Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
Warganegara Malaysia
Sudi untuk meluangkan masa
Dengan rasa rendah diri kami ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai penyelidikan kebangsaan yang bertajuk *Kesediaan Berhenti Merokok Perokok Dalam Kalangan Perokok Dewasa di Malaysia*.
Pandemik Covid-19 diyakini memberi kesan kepada golongan perokok. Oleh yang demikian penglibatan tuan/puan di dalam penyelidikan ini amat bermakna dalam membantu kami untuk memahami situasi yang sedang dialami oleh golongan perokok di Malaysia
Jika tuan/puan berminat untuk menyertai penyelidikan ini, sila klik pada link yang telah disediakan di bawah:
Untuk *Bahasa Malaysia* anda boleh klik link disini : https://forms.gle/Nq2c8ASK3PfARhF8A
Untuk *Bahasa Inggeris* anda boleh klik link disini : https://forms.gle/Y4eCTr9gaqxzLXVA6
Penyelidikan ini juga dijalankan bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021 bertemakan _Commit to Quit_ atau *Berkomitmen untuk Berhenti*
Kesudian dan kerjasama tuan/puan untuk terlibat di dalam penyelidikan ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih,
Kerjasama antara penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah dengan Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Hari Tanpa Tembakau 31 Mei 2021 "Stay Home, Quit Smoking, Keep Covid Away"


17 April 2019 (Rabu)
Auditorium, Hospital Selayang.
YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Commuting Accident Road Safety Seminar (CAR’s) Sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2019.
Seminar yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Hospital Selayang diadakan bersempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia disambut pada 28 April setiap tahun, seperti yang telah diperkenalkan oleh International Labour Organisation (ILO) iaitu sebuah agensi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO).
Tema rasmi sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia 2019 adalah A Safe and Healthy Future of Work. Walaubagaimanapun, untuk sambutan tahun ini, pihak KKM memberikan perhatian terhadap isu-isu berkaitan kemalangan ulangalik (commuting accident) memandangkan insiden kemalangan yang kian meningkat serta adakalanya terjadi kemalangan jiwa yang meragut nyawa anggota KKM.
Seminar yang telah berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 15 April sehingga 17 April 2019 di Auditorium, Hospital Selayang telah dihadiri seramai 200 orang peserta terdiri daripada pelbagai jawatan dari kalangan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seminar ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja dan majikan, menerusi penerapan budaya kerja selamat dan sihat. Ia juga bertujuan untuk memupuk tanggungjawab setiap individu untuk mencegah kemalangan, penyebaran penyakit mahupun kematian pekerja di tempat kerja. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mencapai sasaran Sustainable Development Goal (SDG), 8.8 iaitu persekitaran kerja yang selamat dan terjamin bagi semua pekerja menjelang tahun 2030.
Data pelaporan kes kemalangan ulang alik bagi anggota KKM menunjukkan peningkatan sebanyak 69.4% daripada 193 kes pada tahun 2014 kepada 630 kes pada tahun 2018. Sebanyak 406 kes (64%) kemalangan ulang-alik berlaku semasa pergi ke tempat kerja, 130 kes (21%) semasa pulang daripada tempat kerja diikuti 91 kes (14%) semasa perjalanan tugas rasmi dan 3 kes (1%) semasa waktu rehat.
Sebagai langkah pencegahan, pada hari ini, KKM telah berganding bahu dengan Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) untuk membuat kajian mengenai faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya dalam kalangan anggota KKM.
Diharapkan dengan kerjasama ini punca utama kes kemalangan dalam kalangan anggota KKM dapat dikenalpasti dan seterusnya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
Pada hari ini, beberapa agensi-agensi berkaitan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut mengadakan promosi dan kesedaran kepada anggota kesihatan.
Ingin diingatkan supaya semua anggota KKM mengambil berat terhadap keselamatan diri dan mengamalkan budaya pemanduan yang selamat, terutamanya selepas selesai menjalankan tugas mereka. Jika keletihan atau berasa mengantuk, anda disarankan untuk mengambil masa untuk berehat seperti hashtag untuk kali ini iaitu ‘rehat dulu baru pandu’. Ini adalah bagi memastikan agar anda dapat memandu dengan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga yang tersayang.