Berita
Latihan Kebakaran (Fire Drill) Hospital Selayang 2025
Latihan Kebakaran (Fire Drill) Hospital Selayang 2025
29 Julai 2025 - Hospital Selayang dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor serta Balai Bomba Selayang telah berjaya melaksanakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) Hospital Selayang 2025 yang bertempat di Jabatan Patologi.
Latihan ini melibatkan simulasi kebakaran yang berpunca daripada stor bahan kimia. Seramai 10 individu telah ditetapkan sebagai “mangsa” dalam senario latihan tersebut. Daripada jumlah tersebut, 2 individu terperangkap, manakala 8 lagi berjaya diselamatkan — masing-masing 4 oleh Pasukan Emergency Response Team (ERT) Hospital Selayang dan 4 oleh Emergency Rescue Responder (ERR) Jabatan Patologi.
Sesi latihan turut melibatkan penyertaan tiga (3) jentera bomba dari Balai Bomba Selayang, penggunaan pakaian perlindungan khas (Hazmat Suit), serta aspek pengurusan insiden pencemaran bahan kimia.
Pihak hospital ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi dan anggota yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan. Tiada sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini dilaporkan sepanjang sesi latihan berlangsung.






