Berita
Program Delirium Decoded anjuran Jabatan Geriatrik, Hospital Selayang
Program Delirium Decoded anjuran Jabatan Geriatrik, Hospital Selayang
Program Delirium Decoded anjuran Jabatan Geriatrik, Hospital Selayang telah berlangsung pada 2 Julai 2025 bertempat di Auditorium Hospital Selayang. Bertemakan "Understanding, Identifying & Intervening", program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pemahaman mendalam mengenai delirium dalam kalangan warga emas, termasuk pendekatan pengesanan awal dan intervensi yang efektif.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Yang Teramat Mulia Dato' Dr. Tunku Muzafar Shah, Ketua Perkhidmatan Geriatrik Malaysia. Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan kualiti penjagaan geriatri secara holistik dan bersepadu.




