Pilihan Bahasa

KERJASAMA STRATEGIK DALAM KESIAPSIAGAAN KECEMASAN PERUBATAN

KERJASAMA STRATEGIK DALAM KESIAPSIAGAAN KECEMASAN PERUBATAN

Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia menerima kunjungan daripada delegasi European Union CBRN Centres of Excellence sempena Lawatan Konsultasi Project 98: Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness & Response in Southeast Asia (EMED).

Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan respons kecemasan perubatan berkaitan insiden Chemical, Biological, Radiological, and Nuclear (CBRN) di rantau ini.

Lawatan ke Hospital Selayang pada 11 Jun 2025 ( Selasa) adalah untuk meninjau kemudahan dan amalan pengurusan kecemasan perubatan. Lawatan ini telah disantuni oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr Mohd Fadzli bin Ariffin bersama-sama Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Nor Khatijah binti Ahmad dan pakar-pakar perubatan kecemasan yang terlibat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa demi keselamatan kesihatan serantau.

strategik1

strategik2

strategik3

strategik4