Berita
Program Singgah Sahur Ramadhan
Program Singgah Sahur Ramadhan
14 Mac 2025 - Program ini dilaksanakan sejurus aktiviti Governance Round selesai yang diterajui oleh Pengarah Hospital Selayang bersama Ketua-Ketua Unit/Jabatan yang terlibat sehinggalah agihan selesai lebih kurang jam 3 pagi. Sebanyak 400 pek makanan sahur telah diagihkan kepada para kakitangan hospital yang bertugas, sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.
Ucapan terima kasih kepada Dr. Afidah binti Ali (Pengarah Hospital Selayang), Dr. Mohd Fadzli bin Ariffin (Timbalan Pengarah Perubatan II), Dr. Siti Fadhilah binti Agos (Ketua Penolong Pengarah Kanan), En. Tan Chee Keong (Timbalan Pengarah Pengurusan) , ajk PKWI, kakitang HSEL serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara wad / unit / jabatan berkenaan adalah termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Jantung (CCU), High Dependency Ward (HDW), Unit Rawatan Kebakaran, Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Dewan Bersalin, Dewan Bedah, Wad Obstetrik 5A, 5B, 5C, Wad Kardiologi 5D, Wad Aras 10, Jabatan Forensik, Jabatan Patologi dan lain-lain.
Moga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan pahala berpanjangan.





