Berita
Program Ihya’ Ramadan Hospital Selayang 2025 - Edaran Bubur Lambuk
Program Ihya’ Ramadan Hospital Selayang 2025 - Edaran Bubur Lambuk
7 Mac 2025 - Sebanyak lebih 1300 bekas bubur lambuk telah berjaya diedarkan kepada para kakitangan yang bekerja pada hari tersebut untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Termasuklah di kesemua wad-wad, ICU/CCU, Dewan Bedah, Jabatan Kecemasan, Radiologi, Patologi dan yang lain-lainnya.
Program turut diserikan dengan kehadiran Dr Mohd Fadzli bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan 2 dan Dr Siti Fadhilah binti Agos, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang turut bersama dalam mengedarkannya kepada semua.





