Berita
Pink October 3KM Fun Run
Pink October 3KM Fun Run
Jabatan Pembedahan Am Hospital Selayang dengan bangganya telah menganjurkan Pink October 3KM Fun Run pada 12 Oktober di Taman Metropolitan Kepong!
Acara penuh keceriaan ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mohd Fadzli bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan II. Hospital Selayang. Acara ini bukan sahaja melibatkan larian 3 KM yang mengujakan, tetapi juga pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, ujian mammogram untuk kesedaran kanser payudara, cabutan bertuah dengan hadiah menarik dan zon kanak-kanak dengan zoo mini, kesenian dan banyak lagi!
Pihak penganjur amat berterima kasih kepada semua penganjur bersama, para penaja, peserta, sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Bersama-sama melangkah demi kesihatan dan kesedaran kanser payudara!





