Berita
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat KKV1
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat KKV1
Semangat kesukanan yang tinggi dalam Sambutan Hari Sukan Negara peringkat KKV1 bersama ILKKM Sungai Buloh!
Buat pertama kalinya, acara meriah ini dianjurkan bersama gabungan hebat dari Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Sabak Bernam, Hospital Tanjung Karang, dan Hospital Kuala Kubu Bharu dengan sokongan ILKKM Sungai Buloh menjadikan sambutan kali ini luar biasa. Ke arah gaya hidup sihat!
Sambutan ini telah dirasmikan oleh Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, selaku Lead Hospital bagi KKV1. Sambutan turut diserikan dengan kehadiran En. Wong Kim Han @ Robert, Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Sg. Buloh, Dr Jasmeet Singh A/L Sucha Singh, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Muhammad Aslahuddin bin Samsudin, Pengarah Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Dr. Azizah binti Suboh, Timbalan Pengarah Hospital Tanjung Karang, dan Dr Pok Chiew Fong @ Lydia Pok, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Penghargaan khas buat semua petugas, peserta, dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara ini. Anda semua adalah tunjang kepada kejayaan sambutan ini! Bersama kita memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan bersama




