Berita
Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 dan Sihat Milik Selangor 3.0
Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 dan Sihat Milik Selangor 3.0
Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 dan Sihat Milik Selangor 3.0 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 1 Oktober 2023, dari 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Turut berkenan berangkat mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sani.
Sambutan ini disertai oleh Jabatan Geriatrik, Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Terapi Cara Kerja (OCCT) dan Unit Perubatan Sukan Hospital Selayang. Pelbagai aktiviti dan info-info menarik dapat dikongsi bersama orang awam terutamanya golongan warga emas.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato' Dr Asmayani binti Khalib diiringi Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah binti Ali hadir ke booth OCCT dari Hospital Selayang bagi memberi sokongan akan usaha murni ini dan seterusnya memeriahkan lagi sambutan.
Selain itu, jabatan-jabatan perubatan lain dari Hospital Sg Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang turut membuka booth dan juga dihadiri oleh Pengarah Hospital Selayang.





