Berita
SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
22 Ogos 2023 - Tema sambutan pada tahun ini adalah “Mengupayakan Penyusuan Susu Ibu: Perubahan Bermakna Kepada Ibu Bapa Berkerjaya”.
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun ini memfokuskan penyusuan bayi bagi ibu bapa berkerjaya.
Bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan Jabatan Pediatrik mengadakan majlis sambutan bertempat di Auditorium Hospital Selayang dan majlis dirasmikan oleh Ybrs. Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.





