Language

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

Skim perkhidmatan ini menawarkan kemudahan seperti berikut:

Kelebihan untuk memlilih pakar
Laluan giliran khas untuk mendapat rawatan
Menikmati beberapa keistimewaan sebagai pesakit dalam

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan konsultasi
Perkhidmatan hospitaliti
Perkhidmatan penyiasatan
Perkhidmatan prosedur dan pembedahan
Perkhidmatan terapi

 

CARA MENDAPATKAN RAWATAN

Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit dalam [memasuki wad].

Sekiranya anda dimasukan ke dalam wad anda akan dikenakan bayaran seperti berikut :

Caj wad
Caj pembedahan/ujian makmal/radiologi
Caj Ubat
Admission kit (opsyenal)

 

 

BAYARAN CAJ WAD

 

Kelas

Kadar Sehari

[RM]

Eksekutif

300.00

1 Katil

2 katil

4 katil

160.00

130.00

80.00

 

KATIL JAGAAN INTENSIF/ KRITIKAL

Butiran

Kadar Sehari

[RM]

Katil jagaan rawatan harian

70.00

Katil jagaan intensif

(maksima 14 hari)

400.00

Katil jagaan koronari

([maksima 14 hari)

400.00

Katil jagaan intensif neonatal

(maksima 14 hari)

200.00

Katil HDW (maksima 14 hari)

160.00

 

LAIN-LAIN CAJ

Butiran

Kadar Sehari[RM]

Dewan pembedahan sejam/sebahagian daripadanya

250.00

Bilik Bersalin

250.00

 

DEPOSIT

Pesakit akan dikenakan deposit mengikut kadar yang ditetapkan.

Minima RM3,000.00 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi
Bagi pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM deposit tidak dikenakan

 

TAMBAHAN DEPOSIT

Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.00. Apabila berbaki RM1,000.00 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa. Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.

Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

 

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :

Tunai
Kad Kredit
Bank Deraf

 

LOKASI

Wad pesakit dalam adalah wad 10A terletak di Aras 10.