Adakah ini merupakan hospital kerajaan?
Ya. Hospital ini adalah di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Adakah hospital ini menawarkan perhidmatan rawatan pakar?
Tidak.tetapi pihak kami menyediakan lawatan barisan doktor pakar yang berpengalaman dalam bidang perubatan, ortopedik, perbidanan dan sakit puan, rawatan rapi, surgeri dan pediatrik. pada hari - hari tertentu sahaja.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan pakar?
Anda perlu diperiksa oleh pegawai di klinik kesihatan terlebih dahulu. Surat rujukan akan dibuat dan anda perlu mendapatkan tarikh temujanji dahulu di klinik pakar sebelum berjumpa dengan doktor pakar.
Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes perubatan atau pembedahan dan RM 15 bagi kes sakit puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes perubatan atau pembedahan dan RM 800 bagi kes sakit puan.
Bagi semua kes penyakit berjangkit; ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan atau pengecualian boleh dipertimbangkan.
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?
Kes-kes kecemasan termasuk kemalangan (di jalan raya/ di tempat kerja/ domestik), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu bapa/penjaga dibenarkan menunggu sekiranya pesakit itu kanak-kanak. Bagi pesakit dewasa, hanya mereka yang tenat sahaja dibenarkan menunggu.
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barangan berharga semasa berada di hospital.