WAD 3B OBSTETRIK & GINEKOLOGI

 WAD 3B 1

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua pesakit/waris akan diberi orientasi sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.
  • Pesakit Antenatal yang berisiko rendah akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 45 minit selepas kemasukannya ke wad (bermula selepas selesai CTG).
  • Setiap perawatan/prosedur yang dilakukan hendaklah dimaklumkan kepada pesakit/waris
  • Setiap pesakit yang dicaj akan dibekalkan :
    1. Surat Discaj
    2. Surat Rujukan
    3. Surat Cuti (Jika perlu)
    4. Kad Temujanji
    5. Ubat-ubatan

PERKHIDMATAN

  • Rawatan Pesakit Dalam bagi kes-kes Obstetrik dan Ginekologi (berisiko rendah).
  • Menyambut kelahiran yang selamat dan efisien bagi kes berisiko rendah.
  • Jagaan ibu dan bayi selepas kelahiran.
  • Membuat rujukan awal ke Hospital Sungai Buloh bagi kes-kes berisiko tinggi.
  • Penjagaan Mesra Ibu sebagai salah satu polisi Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
  • Memberi perawatan Pesakit Luar bagi kes-kes Obstetrik di dalam Waktu Pejabat (fast track).

WAKTU OPERASI

24 Jam