KLINIK PAKAR BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL
| |
|
PERKHIDMATAN KLINIKAL
Klinik Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial memberikan perkhidmatan klinikal / pembedahan seperti di bawah:
- Kecederaan Oral & Maksilofasial:
- Kecederaan tisu lembut.
- Kepatahan tulang muka.
- Kecederaan gigi.
- Pesakit sumbing bibir dan lelangit.
- Pesakit yang memerlukan pembedahan ‘orthognatic’.
- Perubatan dan patologi:
- Kesakitan bahagian muka.
- Penyakit bahagian mulut.
- Kanser mulut.
- Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut.
- Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka disebabkan penyakit / ketumbuhan.
- Terdapat sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut dan muka.
- Kelenjar air liur yang di jangkiti kuman.
- Saluran darah mengalami mengalami perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka.
- Pesakit yang mempunyai masalah oral & maksilofasial:
- Pembentukan semula kecacatan pada rahang atas/bawah dan tisu muka.
- Pembentukan ‘pre-prosthesis’.
- Pembedahan tulang sokongan gigi.
- Masalah-masalah ‘Temporomandibular Joint’ / sendi rahang.
- Pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan pergigian asas:
- Cabutan dan pembedahan membuang gigi gerahan bongsu.
- Tampalan.
- Penskaleran.
- Gigi palsu.
- Rawatan endodontik mudah.
WAKTU OPERASI
Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
Waktu Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)
12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)
Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : Tutup