UNIT SUMBER MANUSIA DAN LATIHAN

 UNIT SUMBER MANUSIA 1  UNIT SUMBER MANUSIA 2

VISI

Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif

MISI

Bahagian Sumber Manusia akan menyediakan perkhidmatan dan keperluan Sumber Manusia yang berkualiti dengan:- 

  • Responsif kepada semua keperluan Sumber Manusia di Hospital Tanjong Karang.
  • Prihatin kepada masalah yang dihadapi pekerja.
  • Memberi khidmat nasihat dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian dan kerjaya anggota
  • Melaksanakan Sistem Pengurusan Hospital dengan sempurna berdasarkan pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. 

OBJEKTIF

Mengawal dan menguruskan segala hal-hal pengurusan perjawatan dan perkhidmatan personel semua pegawai dan kakitangan serta melaksanakan arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling  kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membolehkan sistem pentadbiran Hospital Tanjong Karang berjalan dengan teratur dan lancar.

 

PERKHIDMATAN

  • Perjawatan dan permohonan ABM

  • Perkhidmatan anggota bermula dari penempatan anggota hingga persaraan anggota

  • Mengendalikan urusan lawatan Keluar Negara

  • Mengemaskini data anggota dalam Sistem HRMIS

  • Mengendalikan Laporan Nilaian Prestasi anggota

  • Mengendalikan kes tatatertib anggota

  • Mengendalikan urusan Isytihar harta

  • Mengendalikan urusan kenaikan pangkat anggota

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat    : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)

                           12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : Tutup