PERUTUSAN PENGARAH

                        PENGARAH


  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI  

Selamat datang ke laman web rasmi Hospital Tanjong Karang. Laman ini disediakan sebagai platform untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, kemudahan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak hospital dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

   Selaras dengan halatuju perkhidmatan awam tahun 2026 iaitu ”Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”, Hospital Tanjong Karang akan terus memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui usaha penambahbaikan berterusan, pendekatan inovasi sektor awam serta kerjasama strategik dengan hospital-hospital kerajaan lain dalam rangkaian hospital kluster. Kerjasama ini penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh dan responsif terhadap keperluan masyarakat setempat.

   Hospital ini komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang selamat, cekap dan berkesan kepada pesakit selaras dengan peranan hospital dalam sistem perkhidmatan kesihatan negara.

   Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja hospital yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang penyayang, profesional serta menunjukkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Komitmen semua pihak merupakan tunjang utama dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

 

DR. MOHD NAJIB BIN KHAMIL

Pengarah

Hospital Tanjong Karang