|
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit boleh mendapatkan laporan perubatan yang dipohon dalam masa 28 hari waktu bekerja selepas permohonan dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa rekod perubatan akan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.
OBJEKTIF
- Mengurus perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap dan memenuhi kepuasan pelanggan.
- Memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan institusi yang memerlukan maklumat rekod perubatan bagi tujuan perkhidmatan dan medico-legal.
- Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan tepat, boleh dipercayai dan bermutu tinggi.
PERKHIDMATAN
- Penyelenggaraan Rekod Perubatan (Penerimaan, Penyimpanan, Pengeluaran dan Pelupusan).
i) Rekod Perubatan Pesakit Dalam
ii) Kad Pesakit Luar kes Mediko-legal Jabatan Kecemasan dan kes yang telah discaj dari Klinik Pakar.
iii) Filem X-ray kes kematian dan yang telah discaj dari Klinik Pakar.
- Pengendalian Penyediaan Laporan Perubatan
i) Laporan Perubatan.
ii) Laporan Post Mortem.
iii) Laporan Insuran, PERKESO dan lain-lain.
- Mengumpul dan menyediakan data statistik HIMS
i) Perawatan Pesakit Dalam termasuk Dewan Bedah.
ii) Perawatan Pesakit Luar (Kecemasan, UPL, Klinik Pakar & HDU).
iii) Perkhidmatan Sokongan (Patologi, Fisioterapi & Pengimejan Diagnostik).
- Dokumentasi Notifikasi Penyakit Berjangkit melalui Program CDCIS.
- Dokumentasi Notifikasi Kanser
- Penyediaan lain-lain reten:-
- Laporan NIA.
- Laporan Penyakit Berjangkit Mingguan.
WAKTU OPERASI
Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
Waktu Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)
12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)
Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : Tutup
|