UNIT SOSIAL PERUBATAN

 SOSIAL PERUBATAN 1  SOSIAL PERUBATAN 2  

 

MISI

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

VISI

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
  • Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
  • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

PERKHIDMATAN

 Bantuan Praktik - Pengendalian kes-kes ini lebih tertumpu kepada mencari dan mendapatkan bantuan untuk pesakit.

 Jenis-jenis bantuan:

  • Bantuan kewangan – pembelian perlatan perubatan , pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan dan bantuan am
  • Penempatan ke institusi – GO dan NGO
  • Kesan waris / perancangan discaj /keluar wad

Terapi Sokongan – Bantuan ini adalah merupakan khidmat perundingan, intervensi krisis dan sokongan emosi. Umumnya ia lebih menjurus kepada mendekati, memahami dan menerima serta merungkai permasalahan pesakit dari aspek emosinya.Jenis-jenis cubaan bunuh diri, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, kes rogol, ibu tanpa nikah dan anak angkat serta trauma.

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat    : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)

                           12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : Tutup