PERPUSTAKAAN

 PERPUSTAKAAN 1  PERPUSTAKAAN 2  PERPUSTAKAAN 3

 

VISI

Menjadi sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan kakitangan Hospital Tanjong Karang yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

MISI

  • Menjadi pusat sumber rujukan dalam menyokong pembelajaran berterusan bagi membina modal insan yang berpengetahuan sejajar dengan keperluan dalam perkhidmatan.

  • Menyediakan perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan bacaan kakitangan Hospital Tanjong Karang

OBJEKTIF

  • Menjadikan pusat sumber maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, penyelidikan, latihan pendidikan dan pembelajaran berterusan. 

  • Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti lengkap, sistematik dan terkini.

  • Menyokong semua pembelajaran, pengajaran, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyedia dan memaksimumkan pelbagai jenis bahan perpustakaan.

  • Memberi khidmat menyalurkan sumber ilmu dan membekalkan bahan rujukan kepada kakitangan Hospital Tanjong Karang.

  • Mempromosi budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kakitangan Hospital Tanjong Karang.

PERKHIDMATAN

1) Mengurus dan Menyelenggara Pembangunan Koleksi Perpustakaan :

  • Pembinaan Koleksi Perpustakaan
  • Pendokumentasian Bahan Perpustakaan
  • Penyelenggaraan Koleksi

2) Mengurus dan Mengendalikan Perkhidmatan Perpustakaan :

  •  Pendaftaran Pembaca
  •  Perkhidmatan Rujukan
  •  Perkhidmatan Pinjaman
  •  Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
  •  Pinjaman Berkelompok (Perpustakaan Negara Malaysia)
  •  Profil Pembaca
  •  Pangkalan Data (OPAC)
  •  Pempakejan Maklumat
  •  Perkhidmatan Multimedia
  •  Perkhidmatan Internet
  •  Keratan Akhbar

3. Mengurus dan Menyelaras Promosi Perpustakaan :

  • Pameran Buku Baru
  •  Demostrasi Produk dan Perkhidmatan Perpustakaan
  •  Emel Buku – buku baru
  •  Laman Web perpustakaan
  •  Kempen Galak Membaca

 

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat    : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)

                           12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : Tutup