|
RAWATAN DAN KEMASUKAN PESAKIT KE WAD
Rawatan awal pesakit di Hospital Tanjong Karang dijalankan di:
Unit Kecemasan dan Trauma
Unit berfungsi memberi rawatan kepada Kes Kecemasan dan Trauma.
- Pesakit perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Unit Kecemasan dan Trauma.
- Sila sertakan Surat Rujukan (sekiranya berkaitan).
- Kad pengenalan/Pasport/Surat Beranak/Kad Pesara diperlukan bagi memudahkan proses pendaftaran. Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
- Bayaran akan dikenakan iaitu RM1.00 (Warganegara) dan RM 100.00 (Bukan Warganegara). Sila maklumkan sekiranya anda Penjawat Awam.
- Pesakit akan disaring di Kaunter Saringan, pemeriksaan saringan akan dilakukan termasuk pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.
- Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.
- Sila tunggu giliran anda dengan sabar. Anda akan dirawat mengikut kadar seriusnya penyakit yang anda hadapi.
Unit Pesakit Luar
Unit berfungsi memberi rawatan kepada Kes bukan kecemasan
- Pesakit perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Unit Pesakit Luar.
- Sila sertakan Surat Rujukan (sekiranya berkaitan).
- Kad pengenalan/Pasport/Surat Beranak/Kad Pesara diperlukan bagi memudahkan proses pendaftaran.Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
- Bayaran akan dikenakan iaitu RM1.00 (Warganegara) dan RM 40.00(Bukan Warganegara). Sila maklumkan sekiranya anda penjawatan awam.
- Pesakit akan disaring di Balik Saringan. Pemeriksaan Saringan akan dilakukan termasuk pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.
- Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.
- Sila tunggu giliran anda dengan sabar sehingga nombor giliran anda dipanggil.
Klinik Pakar
Unit berfungsi memberi rawatan kepada Kes Bukan Kecemasan.
- Pesakit perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar.
- Sila sertakan Surat Rujukan dan Kad Temujanji (sekiranya ada)
- Kad pengenalan/Pasport/Surat Beranak/Kad Pesara diperlukan bagi memudahkan proses pendaftaran.Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
- Bayaran akan dikenakan iaitu RM5.00 (Warganegara) dan RM 120.00(Bukan Warganegara). Sila maklumkan sekiranya anda penjawatan awam.
- Pesakit akan disaring di Bilik Saringan. Pemeriksaan saringan akan dilakukan termasuk pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.
- Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.
- Sila tunggu giliran dengan sabar sehingga nama anda dipanggil.
Wad Bersalin (Wad 3)
Bagi kes-kes hendak bersalin anda hendaklah terus ke Wad 3.
Sekiranya anda diarahkan oleh Pegawai Perubatan untuk dimasukkan ke dalam Wad dari Unit/Wad yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah perlu diambil
- Mendaftar di Unit Hasil(waktu pejabat) dan sekiranya diluar waktu pejabat di Kaunter Pendaftaran Unit Kecemasan. Sila maklumkan sekiranya anda Penjawat Awam.
- Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah :
- Borang Rujukan Masuk Wad
- Kad Pengenalan/Pasport atau Surat Beranak
- Kad Pesara(jika berkenaan)
- Surat Sekolah (jika berkenaan)
- Surat Jaminan/Guarantee Letter(jika berkenaan)
- Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
- Wang Deposit bagi kemasukkan ke Wad akan dikenakan sekiranya berkaitan.
- Kembalikan dokumen yang diberikan kepada Unit dimana pesakit sedang dirawat.
- Sila tunggu sehingga pesakit diuruskan oleh anggota bertugas bagi kemasukkan ke Wad
|