UNIT KESELAMATAN

 Bilik Keselamatan    

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Unit Keselamatan akan memberikan perkhidmatan keselamatan, perlindungan kepada semua anggota Hospital Tanjong Karang.
  • Unit Keselamatan juga akan membantu Hospital Tanjong Karang menangani segala bentuk ancaman.

OBJEKTIF

Memastikan Sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan di hospital sentiasa dalam keadaan baik dan terjamin.

PERKHIDMATAN 

  • Memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan-arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada jabatan di bawah Hospital Tanjong Karang.
  • Mentadbir-urus, menyelaras dan melaksanakan sistem kawalan keselamatan perlindungan di Hospital Tanjong Karang secara menyeluruh.
  • Menjalankan siasatan awal terhadap sesuatu perlanggaran keselamatan dan menyediakan laporan.
  • Mengkaji keperluan kelengkapan sistem keselamatan bagi tujuan memperkukuhkan tahap keselamatan hospital.
  • Mengurus pengeluaran kad pengenalan jabatan, kad akses, kad pelajar, pas pelawat dan pas pekerja.
  • Menguruskan kunci-kunci pejabat.
  • Mengurus/memantau operasi Kawalan Keselamatan Swasta.
  • Urusan tempahan tempat letak kereta bagi majlis-majlis rasmi hospital.

 

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat    : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)

                           12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : Tutup