|
PIAGAM PELANGGAN
- Semua pelanggan adalah berhak mendapat khidmat seperti berikut
- Pesakit dalam yang dirujuk kepada pegawai dietetik akan diberi sokongan pemakanan / kaunseling diet dalam tempoh 24 jam (hari bekerja)
- Semua maklumat pesakit adalah dirahsiakan
- Memastikan makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah seimbang serta menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.
- Memastikan hidangan diagihkan kepada pihak wad mengikut waktu ditetapkan.
PERKHIDMATAN DIETETIK : -
- Memberi perkhidmatan nasihat pemakanan klinikal bagi meningkatkan status pemakanan pesakit untuk membantu penyembuhan penyakit. Perkhidmatan Dietetik terdiri daripada :-
- Konsultasi Diet individu
- Sokongan Pemakanan Enteral
- Pendidikan Pemakanan Berkumpulan
PERKHIDMATAN SAJIAN
- Menyediakan makanan yang sesuai, seimbang serta selamat kepada pesakit untuk melengkapkan rawatan perubatan. Perkhidmatan Sajian merangkumi aspek :-
- Pengurusan Pesanan Diet, Perolehan Bahan Makanan Mentah Dan Pengurusan Stok Makanan Kering
- Penyediaan Makanan kepada pesakit di wad, HDU, pengiring anak dan doktor yang bertugas atas panggilan.
Sarapan Pagi : 7.30 - 8.00 pagi
Makan Tengahari : 11.30 - 12.00 tengahari
Minum Petang : 2.30 - 3.00 petang
Makan Malam : 5.00 - 5.30 petang
Pegawai perubatan bertugas atas panggilan akan dibekalkan makanan mengikut kelayakan ditetapkan berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
WAKTU OPERASI
7.00 pagi hingga 6.00 petang
|