|
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, berkualiti, selamat, mesra dan penyanyang.
- Keutamaan kami adalah memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh 1 hari berkerja dari tarikh aduan diterima.
- Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysia Triage Category (MTC) sebagai kategori MERAH akan dirawat oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital dengan serta merta.
- Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak- kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
- Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang mempunyai kepakaran yang diperlukan.
- Laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu ≤ 28 hari bekerja
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
|