ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Unit Casemix

Pengenalan

Sistem Casemix adalah kaedah pengelasan episod rawatan pesakit kepada kumpulan penyakit (diagnosis related groups, DRG) yang homogen dari segi ciri-ciri klinikal dan penggunaan sumber yang digunakan. Analisis data klinikal mengikut pengklasifikasi diagnosis dan prosedur pesakit pada setiap episod rawatan pesakit membantu untuk memberi gambaran ciri-ciri dan kompleksiti perkhidmatan kesihatan yang telah diberi. Analisis kewangan pula memberi gambaran purata kos perawatan untuk setiap kumpulan penyakit. Sistem Casemix dapat membantu dalam membuat keputusan berkenaan penjimatan kos dan keperluan bajet, serta purata kos rawatan kumpulan penyakit, yang boleh digunapakai di beberapa peringkat pengurusan kesihatan. Maklumat yang diterbitkan dari Sistem Casemix turut boleh jadi pemantau tahap kualiti dan kecekapan perkhidmatan hospital. Sistem Casemix yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dinamakan Malaysian Diagnosis Related Groups (MalaysianDRG) dan telah mula digunakan sejak Oktober 2010.

Pada tahun 2022, Sistem Casemix telah diperluaskan ke Hospital Sungai Buloh. Tujuan Unit Casemix ditubuhkan adalah untuk menyelaras dan menjayakan pelaksanaan program tersebut di Hospital Sungai Buloh selaras dengan halatuju perancangan Bahagian Perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi

Ke arah sistem perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang saksama, tidak membebankan dan cekap.

Misi

Unit Casemix Hospital Sungai Buloh akan berusaha untuk memastikan ketepatan dan integriti data yang dimasukkan ke dalam aplikasi MalaysianDRG untuk mencapai penjanaan data Casemix bermutu tinggi yang boleh dijadikan penanda aras kualiti perkhidmatan dan digunakan untuk perancangan dan perkembangan polisi atau dasar hospital.

Objektif

  1. Memberi kesedaran dan pengetahuan Sistem Casemix dan MalaysianDRG kepada semua warga hospital
  2. Menjadi rujukan utama di peringkat hospital dalam dokumentasi diagnosis dan prosedur klinikal
  3. Memastikan ketepatan dan kesempurnaan data klinikal dan kewangan yang dimasukkan ke dalam aplikasi MalaysianDRG
  4. Menjana dan menganalisa maklumat klinikal serta kos perawatan pesakit dari aplikasi MalaysianDRG dan menggunakan data tersebut untuk mencapai perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan agihan sumber kesihatan yang telus, efisien dan mampan

Skop Perkhidmatan

  1. Menjadi rujukan utama di peringkat Hospital untuk prosedur dokumentasi klinikal dan koding
  2. Menjalankan latihan Sistem Casemix secara berterusan
  3. Urusetia Jawatankuasa Teknikal Casemix Hospital
  4. Menjalankan Audit Ketepatan dan Kesempurnaan Dokumentasi Klinikal dan Ketepatan Kod ICD-10
  5. Menyelaras kemasukan data klinikal dan data kewangan ke dalam Aplikasi MalaysianDRG
  6. Menjana data cari Aplikasi MalaysianDRG dan menyediakan Laporan Tahunan Casemix Hospital

Jadual Perkhidmatan

Setiap hari waktu bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Direktori

Lokasi  : Jabatan Rekod Perubatan - Aras 3, Hospital Sungai Buloh 

Talian Utama

 :

03-61454333

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr Mas Ayu Izzati Ketua Unit Casemix 4373 masayuizzati[at]moh.gov.my
2 Dr Ahmad Ibrahem Bin Mohd Azaman Penyelaras Casemix   4373 dr.ibrahem[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3012354
Pengunjung Hari Ini: 102
Jumlah Pengunjung: 3,012,354
Image