ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Unit Kluster

PENGENALAN

Projek Hospital Kluster telah dimulakan di Malaysia seawal tahun 2014. Hospital-hospital yang dikumpulkan bersama berdasarkan jarak dan kedudukan geografi yang selaras dari segi aliran pesakit dan perkhidmatan yang ditawarkan ini akan berkongsi sumber, fasiliti, tenaga kerja dan peralatan, yang mana dapat menjalankan operasi perkhidmatan secara efektif di samping menawarkan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti tinggi yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat.

Unit Kluster Hospital Sungai Buloh ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang inisiatif-inisiatif Hospital Kluster, di samping mengurus dan menyelaraskan sebarang aktiviti berkaitan inisiatif Kluster di peringkat hospital. Unit ini adalah bawah Jawatankuasa Hospital Kluster Selangor Zon Utara melibatkan Hospital Sungai Buloh, Hospital Tanjong Karang (HTK) dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ). Aktiviti Hospital Kluster ini telah bermula secara rasminya pada tahun 2020.

VISI

Memperkasakan pengurusan kemudahan, sumber manusia dan kewangan secara kluster melalui penyeliaan pengurusan bermuafakat yang dinamik, berintergriti, holistik dan saksama demi memberi perkhidmatan, perawatan dan penjagaan kesihatan yang terbaik berfokuskan keperluan dan kehendak komuniti dalam lingkungan kluster.

MISI

Menyelaras dan memacu gabungan jabatan-jabatan dan unit-unit untuk:

  • Memastikan kesemua jabatan dan unit dalam Hospital Sungai Buloh mempunyai kesedaran yang menyeluruh terhadap konsep Hospital Kluster dan kepentingan perlaksanaannya.
  • Membantu dalam perlaksanaan inisiatif Hospital Kluster dengan menyediakan platform perbincangan dan menyalurkan peruntukan yang disediakan.
  • Memantau kesinambungan perlaksanaan aktiviti-aktiviti bawah inisiatif Hospital Kluster.

OBJEKTIF

  • Hubungan kerjasama yang strategik untuk mencapai tujuan yang sama bawah satu struktur kepimpinan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber, fasiliti, kakitangan dan peralatan.
  • Meningkatkan perkongsian data dan mengukuhkan komunikasi yang strategik antara hospital-hospital dalam Kluster melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan dalam Hospital Kluster.
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif Kluster di jabatan-jabatan yang telah diklusterkan termasuk pengumpulan & analisis data prestasi.
  • Memfokus pengurusan aktiviti Hospital Kluster bawah satu organisasi yang mampu menyelia, menyelaras dan memantau secara keseluruhan.
  • Membantu jabatan dalam meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan “berdekatan dengan rumah” kepada masyarakat setempat.
  • Membantu pihak Pengurusan dalam Kluster untuk mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan pengoptimuman sumber-sumber di Hospital-Hospital dalam Kluster bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan.
  • Melaksanakan penyampaian perkhidmatan lebih efisien dan mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran.
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja.

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

  • Sebagai sekretariat kepada Cluster Management Committee (CMC).
  • Sebagai sekretariat kepada Cluster Medical Advisory Committee (CMAC).
  • Menyelaras perancangan perkembangan perkhidmatan-perkhidmatan dalam Hospital Kluster.
  • Menyelaras pemantauan prestasi perkhidmatan-perkhidmatan yang diperluaskan dalam Hospital Kluster.
  • Mengumpul dan menyelaras laporan pencapaian jawatankuasa-jawatankuasa Hospital Kluster yang telah dilantik oleh CMC.
  • Mengumpul dan menghantar laporan pencapaian Hospital Kluster kepada Unit Kluster Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala.
  • Memantau perlaksanaan penyelidikan tindakan (Action Research).
  • Memantau dan menyelaraskan latihan-latihan dalam Hospital Kluster.
  • Mengendalikan Audit Pelan Tindakan Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bersama Unit Pengurusan Kualiti.
  • Mewujudkan kesedaran tentang inisiatif-inisiatif Kluster dalam Hospital Kluster.

JADUAL PERKHIDMATAN

 ISNIN HINGGA JUMAAT:   8.00 pagi – 5.00 petang
 REHAT:   1.00 – 2.00 petang (Isnin hingga Khamis)

  12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat)

 SABTU, AHAD & CUTI AM:   Tutup

 

DIREKTORI

Lokasi:                       Unit Kluster, Aras 2, Hospital Sungai Buloh
Talian Utama:             03-6145 4333

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr Imran bin Abd Jamil Ketua Unit 5229 dr.imranjamil[at]moh.gov.my

 

 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2974598
Pengunjung Hari Ini: 120
Jumlah Pengunjung: 2,974,598
Image