Pengenalan
Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi merupakan bidang kepakaran klinikal yang menyediakan rawatan secara pesakit dalam serta pesakit luar bagi pengendalian klinikal serta rehabilitasi melibatkan individu yang keupayaannya terjejas, kecederaan atau masalah kongenital.
Ia adalah kepakaran perubatan berkaitan dengan evaluasi, diagnosis serta pengendalian individu daripada peringkat pediatrik hingga ke peringkat geriatrik yang keupayaannya terjejas sama ada daripada perspektif fizikal atau kognitif atau kedua-duanya. Ianya menekankan rawatan serta terapi bagi peningkatan fungsi individu berkaitan di samping mengelakkan komplikasi.
Pakar Perubatan Rehabilitasi mengetuai perkhidmatan ini dengan pendekatan kepelbagaian kepakaran atau interdisciplinary model of care terdiri daripada gabungan unit-unit interdisiplinari iaitu Rehabilitasi Klinikal (Clinical Rehabilitation), Fisioterapi (Physiotherapy), Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy), Kejururawatan Rehabilitasi (Rehabilitation Nursing) dan Prostetik & Ortotik. Manakala Terapi Pertuturan & Penelanan, Pegawai Dietetik, Kaunselor, Pegawai Perubatan Sosial serta kepakaran profesional lainnya akan juga dirujuk mengikut keperluan tersendiri kes yang dikendalikan.
Misi Jabatan Perubatan Rehabilitasi
Kami komited untuk:
- Memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang komprehensif melalui pendekatan inter-disiplin, mengutamakan pesakit, berorientasikan matlamat bagi individu dengan kelainan upaya kearah pencapaian aras berdikari yang optimum.
- Menyediakan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi dengan fokus kepada kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak, strok, kehilangan anggota, post COVID-19 condition dan lain-lain.
- Bekerja sebagai satu pasukan yang melibatkan kepakaran profesional perubatan rehabilitasi termasuk Pakar, Pegawai Perubatan, anggota Pemulihan Perubatan Fisioterapi, anggota Pemulihan Perubatan Cara Kerja, Jururawat, Juruteknik Perubatan dan lain-lain.
- Mengintegrasi perawatan menyeluruh pesakit bersama kepakaran perubatan lain atau agensi luar mengikut keperluan kes bagi meningkatkan penghasilan program rehabilitasi.
- Membudayakan amalan prihatin, kerja berpasukan dan profesional untuk meningkatkan perkhidmatan kepada individu Kelainan Upaya.
- Mengakses teknologi yang bersesuaian bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan program rehabilitasi.
Visi Jabatan Perubatan Rehabilitasi
Kearah menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi bagi individu dengan kelainan upaya, kajian klinikal, latihan dan kaedah inovasi, serta aktiviti peningkatan kualiti berterusan yang dilaksanakan oleh pasukan yang profesional, berdedikasi dan prihatin.
Objektif Jabatan Perubatan Rehabilitasi
- Meningkatkan kualiti kehidupan individu dengan kelainan upaya kearah potensi fizikal, kefungsian, kognitif, psikologikal, vokasional dan avokasional yang optimum.
- Memaksimakan kefungsian, tahap berdikari, akses kepada persekitaran serta penglibatan didalam komuniti.
- Melestarikan kefungsian dan tahap berdikari optimum individu dengan kelainan upaya.
Ahli dan Peranan Utama Pasukan Interdisplinari Jabatan Perubatan Rehabilitasi
- Pakar & Pegawai Perubatan: Menyediakan kepakaran klinikal bagi rawatan khusus seperti spasticity, chronic neuropathic pain dan neurogenic bladder. Diantaranya termasuk rawatan botulinum neurotoxin, deep dry needling, perineural injection therapy, intra-thecal Baclofen, single channel cystometry, serial casting dan lain-lain.
- Jururawat Rehabilitasi: Menyelia program interdisiplinari serta terlibat dalam pengendalian dan pengajaran continence program, wound care dan sebagainya.
- Jurupulih Fisioterapi (Physiotherapist): Mengendalikan komplikasi pernafasan, meningkatkan fungsi fizikal dan mobiliti termasuk fungsi kekuatan otot, preskripsi senaman, latihan berjalan, perpindahan serta teknik penggunaan kerusi roda.
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Therapist): Mengintegrasi latihan kognitif dan fizikal bagi mencapai kebolehan maksimum pesakit dalam melakukan aktiviti asas harian termasuk aplikasi alat bantuan seperti adaptive devices, orthosis dan sebagainya.
- Juruteknik Prostetik & Ortotik: Memberikan input kepakaran teknikal bagi preskripsi, pembuatan, pemasangan serta proses fitting/check out peralatan prostesis dan ortosis.
Kriteria Kemasukan Ke Wad Rehabilitasi
- Pesakit dengan keadaan “complex disabilities” yang memerlukan kepakaran pelbagai pasukan interdisiplinari.
- Mempunyai “cognitive ability to learn”.
- Bermotivasi.
- Mempunyai sokongan keluarga.
Perkhidmatan Umum Yang Disediakan
- Spinal Cord Injury Rehabilitation
- Amputee Rehabilitation
- Neuromedical Rehabilitation
- Neurosurgical Rehabilitation
- Paediatric Rehabilitation
- Orthopaedic and Musculoskeletal Rehabilitation
- Cardio-respiratory Rehabilitation
- Community based Rehabilitation
- Return to Work Program
Perkhidmatan Khusus Yang Disediakan
- Ultrasound guided Botulinum neurotoxin injection for spasticity
- Ultrasound guided Botulinum neurotoxin injection for sialorrhoea
- Botulinum neurotoxin injection for hemifacial spasm
- Intra Thecal Baclofen
- Deep Dry Needling
- Perineural Injection Therapy
- Single channel cystometry studies
- Prosthetic & Orthotics
- Post COVID-19 Condition Rehabilitation (CROSS program)
- Critical Care Rehabilitation (RECOVER program)
- Basic Spirometry
- Mechanical Insufflation & Exsufflation (MIE)
- Diabetic foot care including wound off-loading services
- Serial casting for contractures
- Sexual health and fertility management post spinal cord injury
- Disability registration and certification of complex cases
- Specialized wheelchair and seating services
- Assistive and adaptive devices prescription and procurement
- Home visitations for disability environmental modification
No
|
Jabatan
|
Lokasi
|
Samb
|
---|---|---|---|
1 | Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi (PKKN) | Kaunter |
03-61561321 Samb: 2234 |
2 | Wad 30 / 31 Perubatan Rehabilitasi (PKKN) | Kaunter |
03-61561321 |
Senarai Fasiliti
- Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi (PKKN)
- Wad Rehabilitasi 30/31 (PKKN)
- Bengkel Prostetik & Ortotik (PKKN)
- Pusat Rawatan Rehabilitasi (PKKN)
- Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi (HSgB)
- Unit Pemulihan Perubatan Cara Kerja (HSgB)
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 |
Dr. Raiha Hasni Binti Mohd Hanaffi |
Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi Pakar Perubatan Rehabilitasi Gred UD54 |
03-61561321 |
dr.raihahasni[at]moh.gov.my |
2 | Dr. Pamela Chia Shook Yen |
Timbalan Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi |
03-61561321 Samb: 2234 |
dr.shookyen[at]moh.gov.my |
3 | Dr. Akmal Hafizah Binti Zamli | Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi Gred Khas C | 03-61561321 Samb: 2234 |
dr.akmal[at]moh.gov.my |