ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Bahagian Teknologi Maklumat

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat, Hospital Sungai Buloh telah diwujudkan di bawah Jabatan Pengurusan Hospital pada tahun 2005 khusus untuk membantu pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem dan program ICT dari masa ke semasa. Memandangkan Hospital Sungai Buloh dirancang untuk menggunakan sistem ICT sepenuhnya, Bahagian Teknologi Maklumat telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau perlaksanaan projek Total Hospital Information System (THIS).

Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor IT yang telah dilantik. THIS telah mula digunapakai sejak Disember tahun 2007, yang mana ia merangkumi sistem Patient Management System (PMS), Clinical Acess (CA), Billing, Laboratory Information System (LIS), Mortuary, Operation Theatre Management System (OTMS), Pharmacy Information System (PHIS) dan Radiology Information System (RIS). Sistem ini diperkenalkan untuk memberikan satu sistem pangkalan data dan penyampaian yang lebih berkesan dengan kos yang efektif.

Objektif

  • Memastikan perlaksanaan THIS berjalan lancar demi mengoptimakan mutu perkhidmatan kakitangan Hospital Sungai Buloh kepada masyarakat.

  • Memastikan integriti maklumat pesakit khususnya dan maklumat pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh amnya terjamin

  • Memastikan setiap kakitangan Hospital Sungai Buloh celik IT dan berkeupayaan mengoptimakan kemudahan ICT yang dibekalkan dalam mengendalikan tugas seharian.

  • Memastikan kecanggihan teknologi tidak mengambil alih sepenuhnya komunikasi dua hala dan keutuhan hubungan antara dua pihak pengurusan dan kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Misi Jabatan

Merancang , membangun , menyedia , menambah nilai dan menyelenggara prasarana dan aplikasi ICT serta membudayakan ICT dengan mewujudkan persekitaran maklumat kesihatan yang berkualiti, berintergriti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan cekap dan efisyen mengunakan teknologi terkini.

Visi Jabatan

Berazam dan Beriltizam menjadikan ICT sebagai pemangkin dalam menyalurkan maklumat perawatan kesihatan pesakit yang berintergriti dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan, pengawasan, perkhidmatan dan program hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Perkhidmatan

  • Mengurus, menyelenggara dan menyelaras perkhidmatan ICT di hospital.

  • Mengurus, menyelenggara dan menyelaras Perkhidmatan Sokongan Operasi Hospital Information System (HIS).

  • Merancang, membangun dan menyelenggara aplikasi dalaman dan aplikasi kerajaan.

  • Mengurus dan menyelenggara Laman Web Rasmi Hospital Sungai Buloh.

  • Menjaga keselamatan ICT di hospital.

  • Meningkatkan tahap kesedaran dan pendidikan staf dalam amalan ICT melalui latihan dan audit secara berterusan.

  • Membuat hebahan program / aktiviti hospital melalui pelbagai media.

  • Memberi khidmat nasihat / bantuan ICT kepada semua warga hospital.

Waktu Operasi

Hari
Waktu
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

Direktori

Perkhidmatan Helpdesk :  24 jam
No. Telefon Helpdesk :  03-61454333   samb : 4351 / 4352

 

No
Nama
Jawatan
Email
1 En. Maruthamuthu Sankar A/L Angappan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (F44) msankar[at]moh.gov.my
2 Puan Rokiah Binti Mohd Yusof PTM F44 rokiahmohdyusof[at]moh.gov.my
3 Puan Amilia Aine Binti Ahmad PTM F44 amiliaaine[at]moh.gov.my
4 En. Mohd Risdi Surij Bin Zainudin PTM F41  risdi[at]moh.gov.my
5 En. Saiful Anuar Bin Bakhtiar PPTM FA38 saifulanuar[at]moh.gov.my
6 En. Hasni Bin Ahmad Mansor PPTM FA38 KUP hasma[at]moh.gov.my
7 Puan Hazura Binti Abdul Karim PPTM FA38 KUP hazura.karim[at]moh.gov.my
8 Puan Norhaslindawati Binti Karim  PPTM FA32 lindakarim[at]moh.gov.my
9 Puan Siti Hajar Binti Sahit PPTM FA29 sitihajars[at]moh.gov.my
10 En. Muhamad Faizal Ab Kadir PPTM FA29 faizal_kadir[at]moh.gov.my
11 Puan Asmah Binti Ramli PT N19  asm[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2974456
Pengunjung Hari Ini: 307
Jumlah Pengunjung: 2,974,456
Image