ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Unit Penjagaan Luka

Pengenalan

Unit Penjagaan Luka, Hospital Sungai Buloh menyediakan perkhidmatan rawatan luka kronik dan luka yang tidak menunjukkan sebarang atau sedikit  penyembuhan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu selepas mendapat rawatan yang optimum. Kami mengutamakan perawatan yang terbaik kepada pesakit untuk menjamin keselamatan dan keselesaan mereka. Pegawai perubatan yang berpengalaman seiring dengan teknologi dan peralatan terkini akan memberikan perawatan pesakit di semua peringkat usia.

Misi

Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam Penjagaan luka yang berkualiti untuk pesakit-pesakit kami melalui kerja berpasukan, penyayang dan professional yang berlandaskan garis panduan.

Visi

Visi Unit Penjagaan Luka adalah untuk kerja berpasukan menuju kearah kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan cemerlang dan berkualiti.

Objektif Jabatan

Menyediakan perkhidmatan kepakaran penjagaan luka yang berkualiti kepada pesakit serta memastikan kesemua kakitangan mendapat latihan dan pembelajaran berterusan dan mempromosikan penyelidikan penjagaan luka untuk mengekalkan perawatan penjagaan luka ke tahap optima agar kepuasan hati pelanggan dapat di penuhi.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Klinikal Pesakit Luar
    • Perkhidmatan rawatan dan kaunseling untuk pesakit-pesakit luka yang baru serta kepentingan rawatan susulan kepada pesakit-pesakit ulangan.
    • Memberi khidmat nasihat bagi pesakit dengan luka kronik.
    • Memberi khidmat nasihat mengenai penjagaan luka.
    • Memberi khidmat nasihat mengenai pencegahan luka terbuka di masa akan datang.
    • Melakukan prosedur minor seperti membuang/ menipiskan tisu mati dan callus
    • Melakukan prosedur khas di Klinik Penjagaan Luka seperti Microcurrent Therapy Compression bandage, Negative Pressure Wound Therapy, Offloading dan Maggot Debridement Therapy
  • Klinik Pakar
    • Klinik Penjagaan Luka terletak di aras 3. Klinik ini menyediakan kemudahan untuk konsultasi kes-kes baru dan susulan, perawatan luka serta prosedur minor.
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    • Pesakit-pesakit yang sedia ada yang dirujuk ke jabatan ini akan dirawat di wad yang asal.

 

Jadual Operasi 

Hari
9.00 pagi -  1 petang
2 petang - 5 petang
IsninOUTPATIENT(KLINIK) OUTPATIENT(KLINIK)
SelasaOUTPATIENT(KES2 KUMAN BERJANGKIT) / INPATIENT(WARD) OUTPATIENT(KES2 KUMAN BERJANGKIT) / INPATIENT(WARD)
RabuOUTPATIENT(KLINIK) OUTPATIENT(KLINIK)
KhamisOUTPATIENT(KES2 KUMAN BERJANGKIT) / INPATIENT(WARD) OUTPATIENT(KES2 KUMAN BERJANGKIT) / INPATIENT(WARD)
 9.00 pagi -  12.15 tengah hari2.45 petang - 5.00 petang
JumaatOUTPATIENT(KLINIK) OUTPATIENT(KLINIK)

 

Direktori

Telefon   03-6145 4333 sambungan: 1314 (Klinik Penjagaan Luka)

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr Noor Syafawati Bt Nawawi Ketua Unit Penjagaan Luka 1314 woundcareunithsgb18[at]gmail.com

 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2950965
Pengunjung Hari Ini: 429
Jumlah Pengunjung: 2,950,965
Image