ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Pengenalan

Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan jabatan yang merealisasikan perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan perubatan utama di Hospital Sungai Buloh. Lokasi jabatan adalah di Aras 2, Blok A bersebelahan dengan Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh. 

Jabatan Kerja Sosial Perubatan beroperasi sepenuhnya dengan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S48), 4 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S44), 1 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19), 1 orang Pembantu Tadbir (N19) serta 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan (U11).

Sasaran jabatan adalah pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan dikategorikan sebagai pesakit yang tidak berkemampuan untuk menanggung kos rawatan atau pesakit yang memerlukan terapi sokongan.

Misi

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

Visi

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
  • Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
  • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini merangkumi:

  • Pengurusan Bantuan Praktik
    • Bantuan Kewangan (peralatan/ubatan/rawatan/am).
    • Penempatan Institusi.
    • Mengesan Waris.
  • Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
    • Khidmat Perundingan.
    • Sokongan Emosi.
    • Intervensi Krisis.
  • Bantuan Praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:
    • Pendengaran dan Pengabaian Kanak-kanak
    • Ibu Tanpa Nikah
    • Keganasan Rumahtangga
    • Jenayah Seksual
    • Pesakit Akut dan Kronik
    • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • HIV Positif / AIDS
    • Ketagihan Dadah / Alkohol

Waktu Operasi

Hari
Masa
Waktu Rehat

Isnin hingga Jumaat

(Cuti pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

8.00 pagi hingga 5.00 petang

1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis)

12.15 tengah hari - 2.45 petang (Jumaat)

Alamat

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
ARAS 2, HOSPITAL SUNGAI BULOH
47000 SUNGAI BULOH
SELANGOR DARUL EHSAN

Direktori

Talian Utama  03-6145 4281 / 03-6145 2240 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Puan Mumtaz Jehan Binti Abdul Rashid Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan

4286

mumtaz_jehan[at]moh.gov.my
2 Puan Roslina Binti Sudin Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 4291 roslina.sudin[at]moh.gov.my
3 Puan Syamsyihana Binti Ghazali Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 4287 syamsyihana[at]moh.gov.my
4 Puan Nur Hanani Bitni Mohd Nasir Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 2256 hanani.mn[at]moh.gov.my
5 Kosong Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 4282 -
6 Puan Fauzirah Binti Husin Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 4284 fauzirah.husin[at]moh.gov.my
7 Puan Nor Zarena Binti Mohamed Ikbal Pembantu Tadbir (Pengkeranian dan Operasi) N19 4283 norzarena[at]moh.gov.my
8 Puan Fadilah Binti Tukiran Pembantu Perawatan Kesihatan U11 4284 -


 

 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2996999
Pengunjung Hari Ini: 196
Jumlah Pengunjung: 2,996,999
Image