ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Unit CRC

Pengenalan

Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan satu daripada enam institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan pada tahun 2000. Sehingga kini, rangkaian CRC yang beribu pejabat di Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), NIH Setia Alam telah berkembang kepada 37 rangkaian yang terletak di hospital-hospital utama di Malaysia.

Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sungai Buloh telah ditubuhkan pada tahun 2010 dalam usaha KKM untuk mewujudkan budaya penyelidikan di samping menyediakan kemudahan bagi menyokong aktiviti penyelidikan di fasiliti Kementerian Kesihatan.

Visi

Menjadi peneraju institusi penyelidikan klinikal di Malaysia.

Misi

Meningkatkan mutu kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.

Objektif

  • Menjadi pengantara dalam meningkatkan keupayaan penyelidikan di Hospital Sungai Buloh dan seterusnya membantu dalam mencapai Key Performance Indicator Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjadikan CRC Hospital Sungai Buloh sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan klinikal di Malaysia.
  • Menjadi pusat kecemerlangan di dalam pengurusan penyakit berjangkit, trauma, neurosurgeri serta penjagaan kesihatan yang menyeluruh dengan penekanan terhadap perkhidmatan rawatan harian.

Fungsi CRC

1. Penyelidikan:

  • Menjalankan penyelidikan IIR. IIT & ISR.
  • Menyokong ISR bersama CRM.
  • Menyokong dan memantau penyelidikan yang dijalankan di fasiliti KKM
  • Menyemak protokol penyelidikan & permohonan kelulusan untuk menjalankan penyelidikan
  • Membantu dalam penyebaran atau penerbitan hasil penyelidikan

2. Konsultasi:

  •  Memberi khidmat konsultasi penyelidikan.
  •  Membimbing penyelidik dalam proses permohonan geran penyelidikan.

3. Latihan:

  • Menganjurkan latihan berkaitan penyelidikan untuk staff KKM.
  • Menganjurkan latihan dalaman untuk staff CRC

4. Pentadbiran:

  • Menyediakan laporan-laporan berkaitan dengan penyelidikan
  • Menguruskan peruntukan kewangan, sumber manusia dan fasiliti CRC.

Proses Pendaftaran Penyelidikan bagi PI dari Hospital Sungai Buloh

  • PI perlu mendaftar kajian dengan National Medical Research Registry (NMRR) secara online dan mendapatkan “NMRR ID”.
  • PI dikehendaki mencetak borang IA-HOD yang telah ditandatangani Ketua Jabatan, dan melampirkan bersama surat “Permohonan Menjalankan Kajian” beserta proposal penyelidikan/dokumen lain kajian, dan hantar kepada CRC.
  • CRC membantu mendapatkan tandatangan Pengarah Hospital untuk borang IA-HOD.
  • CRC akan menghubungi PI bagi melengkapkan proses pendaftaran NMRR dengan mengimbas borang IA-HOD yang lengkap ditandatangani.
  • Pihak NMRR akan memproses kajian. Setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan (MREC), NMRR akan memaklumkan keputusan kepada PI melalui emel.
  • PI dikehendaki menghantar salinan kelulusan MREC kepada CRC.
  • CRC akan mengeluarkan surat kelulusan menjalankan kajian di Hospital Sungai Buloh dan dihantar kepada PI melalui emel.

*Nota : Bagi penyelidik luar Hospital Sungai Buloh, polisi CRC memerlukan sekurang-kurangnya seorang co-investigator dari Hospital Sungai Buloh untuk didaftarkan di NMRR dan terlibat di dalam kajian tersebut.

Aktiviti Tahunan Jabatan:

  1. Introduction to Clinical Research Workshop
  2. Research Methodology Workshop
  3. Introduction to SPSS Workshop
  4. Good Clinical Practice Workshop
  5. Manuscript Writing Workshop
  6. Effective Oral & Poster Presentation Workshop
  7. Protocol Development Workshop
  8. CME Unit CRC dan CME Hospital
  9. Hospital Sungai Buloh Research Day

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang)

Direktori

CRC Hospital Sungai Buloh (HQ)
Blok 41, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN),
47000 Sungai Buloh, Selangor

CRC PKKN :  03-61401696 | Samb. 1026 atau 1027 
CRC Main Building :  03-61454333 | Samb. 7014
Laman Web CRC Hospital Sungai Buloh: : https://sites.google.com/moh.gov.my/crcsgbuloh/home

 

Anggota CRC Sungai Buloh

No
Nama
Jawatan
Email
1 Dr. Liew Boon Seng Ketua Unit liew_bs[at]yahoo.com
2 Dr. Swarna Lata Krishnabahawan Pengurus swarna[at]moh.gov.my
3 Dr. Syarifah Nurul Ain Syed Badaruddin Pegawai Perubatan synurulain[at]moh.gov.my
4 Dr. Tharmini Ravi
Pegawai Perubatan  tharmini[at]crc.moh.gov.my
5 Dr. Suriya Kala Balachandran Pegawai Perubatan  drsuriyakala[at]moh.gov.my
6 Dr. Satya Tamilselvam Pegawai Perubatan crcsgbuloh[at]moh.gov.my
7 Dr Shafiq Eiman Abdul Razak Pegawai Perubatan crcsgbuloh[at]moh.gov.my
8 Norhafiza Halim Jururawat crcsgbuloh[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3012300
Pengunjung Hari Ini: 48
Jumlah Pengunjung: 3,012,300
Image