- Perlukan saya menempah (booking) terlebih dahulu sekiranya ingin bersalin di sini?
- Untuk makluman, puan tidak perlu 'booking' sekiranya ingin bersalin di sini. Puan juga tidak perlu membuat pemeriksaan awal di HSB, memadai jika meneruskan mendapat rawatan di klinik ibu mengandung yang puan ikuti sekarang.
- Dimanakah harus saya pergi sekiranya saya hendak bersalin?
- Puan perlu segera datang ke PAC (Patient Assesment Center) di Hospital Sungai Buloh (HSB) yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan.
- Apakah yang perlu dibawa apabila saya mempunyai tanda- tanda untuk bersalin?
- Puan perlu membawa kad pemeriksaan ibu mengandung, kad pengenalan atau surat jaminan majikan (jika ada), kelengkapan diri dan anak semasa datang ke PAC, HSB.
- Puan perlu membawa kad pemeriksaan ibu mengandung, kad pengenalan atau surat jaminan majikan (jika ada), kelengkapan diri dan anak semasa datang ke PAC, HSB.
- Apakah tanda-tanda awal kelahiran?
- TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN ialah seperti:
- Sakit pinggang dan ari-ari ATAU rasa seperti hendak membuang air
besar - Sakit abdomen (rahim mengeras)
- Keluar tanda iaitu darah bercampur lendir dari kemaluan
- Turun air sedikit-sedikit ATAU pecah mentuban
- Sakit pinggang dan ari-ari ATAU rasa seperti hendak membuang air
- TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN ialah seperti:
- Apakah prosedur yang akan dijalankan sekiranya saya berada di PAC?
- Untuk makluman, Puan akan diperiksa/ dilihat oleh doktor/ jururawatuntuk mengetahui keadaan bukaan pintu rahim, menandakan puan benar-benar dalam peringkat hendak bersalin. Jika pintu rahim membuka kurang dari 3sm, puan akan diminta menunggu di PAC untuk pemeriksaan susulan oleh doktor antara 4-6 jam. Apabila pintu rahim membuka 5sm, puan akan dimasukkan ke bilik bersalin.
- Bolehkah suami menemani isteri semasa bersalin?
- Boleh.
- Bolehkan saudara perempuan menemani isteri semasa bersalin?
- Hanya suami ATAU ibu isteri dibenarkan untuk menemani isteri semasa bersalin.
- Bolehkan suami menemani saya sepanjang proses kelahiran di bilik bersalin?
- Untuk makluman, pada masa ini suami menemani isteri di bilik bersalin hanya dapat dijalankan secara terhad. Puan boleh memberitahu jururawat bertugas bahawa puan ingin suami menemani semasa bersalin dan jika situasi mengizinkan, jururawat akan memberi kebenaran.
- Apakah prosedur yang boleh dibuat sekiranya suami ingin menemani isteri di bilik bersalin?
- Suami/peneman perlu memaklumkan kepada jururawat dikaunter PAC dan menandatangani borang untuk menemani isteri.
- Suami perlu menunggu di ruang menunggu sehingga dipanggil oleh jururawat/peneman untuk menemani isteri. Jika suami ingin beredar dari ruang menunggu di PAC atas sebab tertentu, perlu maklumkan jururawat di kaunter PAC, supaya jururawat boleh memaklumkankepada pesakit.
- Suami/peneman akan diminta untuk membaca, memahami dan menandatangani borang borang yang disediakan.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)
3119771
Pengunjung Hari Ini:
582
Jumlah Pengunjung:
3,119,771
