ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Pelawat

1.  Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan doktor Pakar?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan/doktor di Klinik Kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

2.  Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

3.  Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

4.  Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, manakala pesakit dewasa hanya pesakit yang tenat sahaja dibenarkan dan penjaganya mestilah perempuan / sama jantina.

5.  Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa barang-barang berharga semasa berada di hospital

6.  Pemberian Pas Pelawat?

Hanya pesakit yang TENAT sahaja akan diberikan PAS PELAWAT oleh Pegawai Perubatan / Ketua Jururawat. Hanya penjaga perempuan / sama jantina sahaja yang dibenarkan menjaga pesakit.

7.  Bilakah Waktu Melawat?

  • 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.00 petang
  • Tiada pelawat yang dibenarkan masuk ke dalam wad bagi melawat pesakit kecuali bagi kes-kes kecemasan dan sangat memerlukan sahaja pada bukan waktu melawat.

8.  Melawat luar waktu lawatan?

  • Waris Pesakit yang baru masuk wad
  • Waris Pesakit Tenat
  • Waris Pesakit yang dipanggil oleh pihak Hospital

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3328211
Pengunjung Hari Ini: 403
Jumlah Pengunjung: 3,328,211
Image