- Bagaimana cara bayaran bil hospital?
- Bayaran bil hospital boleh dilakukan secara tunai, kad kredit/debit, cek berpalang (syarikat yang berdaftar dengan KKM sahaja).
- Apakah perkhidmatan FPP (Full Paying Patient) yang ditawarkan?
- FPP bergantung kepada perkhidmatan yang pihak hospital sediakan iaitu:
- FPP Obstetrik & Ginekologi
- FPP Oftalmologi (mata)
- FPP Orthopedik & Traumatologi
- FPP ENT & ORL
- FPP Neurosurgeri
- FPP Pediatrik & Pergigian Kanak-kanak
- FPP Maxilo Fasial
- FPP Rehabilitasi
- FPP Perubatan Am
- FPP Pembedahan Plastik
- FPP bergantung kepada perkhidmatan yang pihak hospital sediakan iaitu:
- Berapa bayaran deposit untuk FPP?
- Bayaran deposit kemasukan wad untuk FPP adalah sebanyak RM3,000.00.
- Apakah kelebihan FPP?
- Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar yang merawatnya.
- Kemudahan giliran untuk mendapatkan rawatan
- Pesakit dalam (Inpatient) boleh menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu atau yang setaraf
- Semua kemudahan yang akan diberikan adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada.
- Berapa bayaran deposit untuk pesakit kelas dua?
- Deposit untuk kelas dua adalah sebanyak RM350.00.
- Bagaimana jika saya ada Surat Jaminan Kakitangan Kerajaan (GL)?
- Boleh kemukakan GL semasa pendaftaran untuk disemak oleh Petugas Kaunter atau boleh kemukakan no. Kad Pengenalan untuk disemak di Portal HRMIS.
- Bagaimana jika saya ada Surat Jaminan Kakitangan Swasta (GL)?
- Boleh kemukakan GL semasa pendaftaran untuk disemak oleh Petugas Kaunter.
- Bagaimana cara pemulangan deposit yang telah dibayar oleh pesakit/waris?
- Pihak Hasil akan memulangkan secara TUNAI sahaja. Antara dokumen yang diperlukan:
- Resit ASAL deposit
- Kad Pengenalan / Pasport / UNHCR ID pembayar deposit
- Setiap deposit yang telah dibayar akan ditolak kepada bil yang akan dikenakan ke atas pesakit. Hanya baki deposit sahaja yang akan dipulangkan.
- Pihak Hasil akan memulangkan secara TUNAI sahaja. Antara dokumen yang diperlukan:
- Apakah antara pengecualian bayaran?
- Pengecualian bayaran hanya kepada:
- Pemegang Kad OKU/Bantuan JKM
- Kakitangan Kerajaan /Pesara (kemukakan GL/ No. Kad Pengenalan)
- Pelajar Sekolah (kemukan Surat Sekolah)
- Golongan Asnaf dan Fakir (kemukakan surat dari ZAKAT)
- Orang Asli (Surat JAKOA)
- Penderma Darah (kemukakan Buku Rekod Derma Darah)
- Pengecualian bayaran hanya kepada:
- Sekiranya pesakit Warganegara Asing, apakah dokumen yang perlu dibawa?
- Pesakit / waris perlu membawa Pasport / UNHCR ID dan sebarang pengenalan diri.
- Berapa deposit untuk Warganegara Asing?
- Deposit Warganegara Asing sebanyak RM3,000.00
** Tiada bayaran deposit dikenakan sekiranya pesakit mempunyai insuran SPIKPA. Sila maklumkan kepada Petugas Kaunter di Unit Hasil serta kemukakan Pasport untuk disemak di dalam sistem SPIKPA.

